July 11th 2006 12:18 pm
Wir Farhen Nach Berlin
7 hari tak masuk internet. 7 hari tak sentuh komputer. 7 hari tak check email. 7 hari tak update blog. (pelik kan biler blog ni tak diupdate? haha)
Tapi tetap bersms. Sentiasa bersama handphone. Tetap dapat SMS kata Cincin Siti masuk Berita Harian. Tetap dapat SMS kata Diddy terkeluar AF. Tetap dapat SMS kata takziah sbb France kalah. Terima kasih di atas semua berita ini.
7 hari tak online, apa yang Wan buat? Berada di 7 bandar utama di 4 negara berbeda, naik turun 7 kali ketubang, 6 dalam business class dan 1 kali dalam ekonomi.
PADA SEPARUH AKHIR, wan lepak bersama group Press dari Mesia. Semua yang ditaja untuk buat ‘laporan ekslusif’. Tapi kami memang tak buat kerja. Kami hanya tahu tidur dalam selimut tebal pada musim panas di tilam yang empuk, kemudian turun breakfast pada jam 8.30 pagi, naik sambung rehat / borak, turun lunch pada 12:30 tgh hari dan kul 15:30, kami akan berkumpul di lobby, untuk keluar jalan jalan dengan kereta yang kami sewa (dan kami parking merata tempat, dengan alasan: kalau kene saman, syarikat bayar.. tapi alhamdulillah, tak pernah kene pun). Kemudian kembali ke hotel pada jam 19:30 untuk makan malam, lepas makan lepak depan TV walaupun tak faham sepatah pun. Dan berulang selama beberapa hari.
Bukan semua antara kami minat bola. Malah tidak ada seorang pun yang ada tiket untuk masuk ke stadium! Kami cuma ada 3 official passes, yang kita gantung kat leher, ditulis PRESS = bergilir gilir guna! Setiap gambar diperiksa, dan kami hanya boleh guna buku kecik + pen (seperti yang sentiasa ada dengan wan)
Kerja kami yang utama: sewa kereta atas nama syarikat, beli makanan di supermarket terdekat dan berkelah di mana mana tempat yang sesuai untuk berkelah (biasanya di taman) selagi tempat itu sesuai untuk cuci mata orang dengan melihat perempuan yang berjemur dengan hanya memakai bikini. Kereta yang kami sewa ialah kereta tempatan: Mercedes M Class, tak pun Volkswagen.
Cara kami kerja: Pergi Tourist Information Center yang terdekat, ambik risalah dan translate, salin nama bangunan dan kami akan cari nama bangunan tersebut dalam internet nanti. Perkara biasa yang timbul ialah:
A: “Wenkt, semua pelancong lain dah abihkan risalah English laa, ada yang French je, ko translatekan ok?”
B: “Takder maknanya… Nanti balik mesia, cari online je”
Benda paling lawak (for me la)
A: “Wenkt, jom shopping, ko jadi translator”
B: “Wan tak reti bahasa GErman laa, wan cakap French dgn Spanish je”
A: “Tu pasal, bila aku beli barang, dia akan cakap JErman tapi aku cakap English, tak fair la sebab aku tak faham langsung, dia faham skit skit english”
B: “Habis tu, dia bukan faham French pun”
A: “Sebab tu laa aku suruh ko, biar DUA DUA sama sama tak faham”
B: “….”
Cara lain kami kerja: Tunggu laporan dari CNN, BBC, SkyNews (Press international yang cakap English / French) dan translate ke BM, kemudian faks ke Mesia. Kalau gambar, kami akan mintak dari AFP, Daily Telegraph, Le Monde atau mana mana press international (diingatkan bahawa gambar tidak memerlukan bahasa khas), kemudian faks ke Mesia. Senang bukan? Bernama tak snap gambar sendiri, malah Bernama tak buat berita sendiri.
PADA AKHIR, wan lepak di hotel Holiday Inn, tak sangka lak jumpa kita punya bekas CEO Proton, orang kelantan gak tu.. diabeliau dengan sorang pembantu beliau, dan Wan selaku ‘pisau cukur’. Seriously, untuk menjadi tukang kikis terbaik, anda hanya perlu jadi peramah, dan suka senyum, tak perlu jadi seorang perempuan yang seksi. Hahaha. Jangan salah anggap, bukan cukur, cuma bertindak sebagai pembantu gak, tukang borak borak, so, masa makan wan akan cari dia.. dapat makan free.
Soalan: Seronok ke? Boleh la… Ramai giler Melayu.. dan of course la wan yang kene jerit “Melayu, Melayu” sebab mereka takkan tegur wan (well, mata sepet + rambut perang bukan ciri orang Melayu dari Kelantan).
Soalan: Abih banyak duit? Tiket ketubang untuk 7 kali tu ialah 2300e, lebih kurang RM11k, hotel + sewa kete + transport lain lak dalam 1400e, makan bayar sendiri tapi biasanya tumpang orang (hahaha.. dan sememangnya wan tak pernah bayar sendiri untuk makan, kecuali makanan rapu yang dibeli di tepi jalan). Diingatkan bahawa, ketubang + hotel + kete + transport semua ditanggung, cuma kene buat laporan lepas ni (matilah aku). Souvenir duit sendiri.
Soalan: Penat? Penat giler babeng. hahahah… Seriously, tidur kul 10 mlm, bangun kul 8 pagi, tu pun rasa tak cukup tidur. Muak giler naik ketubang, (penat kaki actually) dan at least wan minum lebih 500 gelas jus Oren Minute Maid (seriously ni Minute Maid merata tempat, termasuk di lobby, dlm ketubang, tepi jalan, dlm frigo, mmg jus sama!). Minuman Kebangsaan Negara Ini kot. Better than Coca cola laa. Cuma pecah lidah je la, cam makan nanas lak.
Malah, ada sorang wartawan ni buat lawak: “Korang tau kan, unta boleh buat kerja tanpa minum selama 10 hari.. Kita lak, boleh minum Minute Maid 10 hari tanpa buat kerja langsung”
Peringatan: Wan bersyukur tidak dilahirkan sebagai seorang yang kulit hitam! Mungkin anda tidak nampak sebab dia, tapi anda sure perasan banner “Say No to Racism” setiap kali sebelum perlawanan bermula kan? Kalau tiada angin bertiup, takkan pokok itu bergoyang bukan? Alhamdulillah, sekali lagi Wan bersyukur tidak dilahirkan sebagai kulit hitam.
Satu lagi: Kami (dan semua yang lain la) boleh berdiri at least 130 minit tanpa bergerak, sbb memang sesak…. cuma bagus kalau boleh buat benda sama untuk qiamulail.. hahaha
Oh ya, wan jumpa Claire Chazal, pembaca berita France. Eleh, Kamaruddin Mape ada kat sebelah masa tu :p
Paling risau: Bil telefon aku!!! Matilah biler dapat bil nanti.. bersms dengan orang Mesia tak henti henti: pasal cincin siti, AF Diddy out, pasal France kalah.. dem! Dah wan jadi baik hati kasi pinjam telefon untuk semua orang sms ke Mesia (Maxis to Maxis kene charge RM2, Celcom to Celcom pun sama, so, guna la sms wan 30sen euro je) Tapi berbaloi laa, sbb satu sms 30sen euros, ada orang belanja wan lunch! hahaha mekasih
Fakta Menarik: Wan adalah satu satunya orang yang pakai Jean Koyak + Baju Sleeveless + Spek Hitam + Sandal + RUCKSACK dan naik business class… seriously cam orang benggong.. pikul rucksack mengalahkan backpacker
P/S: Wan tak jumpa kamera wan, maybe misplace.. sbb smasa packing smlm (dgn takder mood sbb France kalah = lagipun wan awalkan ketubang sehari, tak der mood langsung ok), wan mmg main sumbat je.. lagipun bateri dah abih, malas nak charge.. Nanti wan publish gambar wan dengan MUKA dan RAMBUT berwarna BIRU PUTIH MERAH…(mekap kalor je loor.. tapi mmg penyokong giler babeng laa). Harap harap kamera ada dalam rucksack yang wan tinggal dalam loker kat lapangan ketubang Strasbourg (yup, wan akan bergerak lagi lepas ni
Viewed 182 times by 71 viewers
No Comments yet »


