Selepas 8 bulan wan bermain - main dengan Wenkt Travel Planner (WTP), wan akhirnya bekukan WTP dengan post mortem ..

WTP dibuat sekadar suka suka. Ianya adalah ‘virtual enterprise’ sekadar untuk menolong orang yang mengunjungi ke Eropah: mengatur perjalanan, memilih hotel, cadangan tempat lawatan, cadangan tempat makan halal, tempat solat dan sebagainya…

Mulanya macam tu lah.. wan charge 4euros sehari untuk benda2 cam tu.. maksudnya, mereka akan contact wan via email, MSN, YM, SMS, friendster dan sebagainya, kemudian wan akan mintak jadual flight in-bound dan out-bound juga budget yang mereka mahukan.
Biasanya, kalau percutian family, budgetnya akan jadi tight.. kalau dgn kawan, mereka lebih suka backpacker punya style… kalau dengan rombongan kementerian, budget mereka unlimited… kalau kerabat dan Tan Sri pulak, kepuasan adalah segalanya. hehe… pernah mereka cakap: Budget saya ialah RM25k sehari di Paris! Hotel mana nak aku propose? Limosine mana untuk transfer? Makan kat mana? Apa nak dilawat… Takkanlah wan nak proposekan lawatan yang berharga RM1k sehari sedangkan budget mereka RM25k.. LARI BUDGET tu!!

Kemudian ada yang mintak supaya wan jadi guide mereka kat Paris. Kalau wan takder kelas atau weekend, wan boleh la pergi.. bayar tiket pergi 27euros, hotel satu malam 30euros, tiket balik 27euros, tiket paris 5.40euros dan makan - makan 15euros.. total 104.40euros.. tapi wan charge 175euros sehari.. sempat merasa 2 kali je anyway. aku bukannya hot, bukan laku pun.. jadi guide sangat best.. tapi kene banyak tau fakta. kene tau Eiffil dibina pada 1889 oleh Gustave Eiffel.. kene tau tinggi Arc de Triomph ialah 45kaki, dan lebar 30 kaki… senang je, baca dalam buku masa on the way ke Paris!

Tapi tidak semua karenah orang adalah sama. Kekadang best layan, kekadang penat melayan. Kalau dapat artis yang macam Umie Aida best la.. dah la baik, peramah, suka belanja orang, suka senyum, tak banyak songeh.. senang bekerja… bertuah saper jadi laki dia…tapi tidak semua artis macam tu..

Banyak pengalaman manis dan buruk dalam bermain dengan “virtual enterprise WTP” ini. Ianya bukan skim cepat kaya melalui internet.. ianya bukan kita letak 1000, kemudian dapat 5000 dalam masa 90 hari… Ianya bukan skim berpiramid… sorry, wan tak main benda2 cam tu.. Wan hanya bermain dgn “pure business”. Wan lebih bangga menjadi anak kepada Pengedar Proton yang bangkrap sebab tak mampu membayar kos sebab kereta tak laku, berbanding menjadi anak kepada jutawan skim cepat kaya yang asetnya dibekukan (baca Mastika Jun 2007)

Sorry la. WTP bukannya macam Luxor, Amway ataupun Elken. Berada di luar negara, tapi mereka masih mengejar wan untuk masuk program macam itu? Aiyoh! Sorry la… wan bukannya mudah disogok untuk jadi kaya dengan jaminan atau tawaran untuk jadi jutawan berasaskan jualan langsung. Kalau program baru, maybe boleh la, tapi kalau dah 10000 pengedar untuk Kelantan sajer, buat apa? Pernah ada kawan sendiri yang datang jumpa wan secara peribadi, suruh masuk skim macam ini.. letak 1000, lepas 90 hari, dapat 5000… siap berdebat dan dia sgt yakin.. tapi lepas 90 hari, ianya menjadi soalan sensitif untuk ditanya selepas harapan untuk menjadi kaya melalui cara tersebut telah MUSNAH.

Eh, wan patut cerita pasal WTP kan? Ianya lebih menarik bukan?

Korang ingat senang? Hahah. Meh la wan ceritakan pengalaman wan kat sini. BUkan nak mengungkit mereka yang pernah guna khidmat wan, tapi sebenarnya, cara mereka melayan wan lebih mendewasakan wan sendiri. Tak sama pengalaman yang wan terima bila kita belajar dan bila kita bekerja di bawah orang. tapi wan sentiasa simpan di hati: pelanggan adalah raja. pelanggan adalah raja. ingat tu. Duduk di overseas kadang kadang tidak mendewasakan wan. Wan hanya ada 20 kawan di tempat yang sama. Berbanding boleh jadi 500 di Malaysia di tempat yang sama. Dengan 20 orang, “drama” gagal dijalankan dengan sempurna. semua tidak berlakon…. mungkin hanya seorang dua yg benci kita, tapi bukan 18 yg lain. Tapi kalau di malaysia, mungkin lebih ramai bencikan kita… (anggapan je)

Mulanya, wan sekadar bagi cadangan melalui internet…. kemudian mereka akan decide.. hotel mana, berapa bintang dan sebagainya… kamudian ada yg suruh wan settlekan dahulu, kemudian mereka akan bayar balik… nasib baik tak pernah ditipu lagi.. saling mempercayai.. tapi wan akan berhati hati sentiasa.. siapa tidak mahu bercuti percuma bukan? haha

Kemudian ada juga yang minta benda pelik pelik… Nak helikopter untuk tengok Paris dari udara, nak wine tasting… nak tidur kat istana lama dan sebagainya… pelanggan adalah raja, terpaksalah wan akur dengan permintaan mereka.. ingat: pelanggan adalah raja. dan kos yang wan minta ialah lebih dari RM20k. (bukan untung, tp bayaran awal utk tempah itu ini)

Banyak perkara yang memeningkan juga wan alami kekadang. Ramai yang tidak reply email, tidak balas SMS, tidak buat confirmation.. tapi lantak lah, i’ve done my part… janji duit masuk.. eh, pelanggan adalah raja! Kemudian, ada juga yang datang 1 beg tarik kecil, macam pramugara je.. kemudian bila time balik.. ada 8 beg kecil dan besar yang perlu diterbangkan bersama… shopping sakan di Paris!! Nak tak nak, perlu settlekan gak…

Pernah ke factory outlet? Dulu pernah bawak seorang anak menteri ni.. sebaya.. sekepala gak la.. tapi dia lebih metro.. tapi seperti kebanyakkan pelanggan lain, mereka tak nak wan cerita kat blog pasal mereka, apatah lagi gambar ditayangkan.. bila sampai je kat Factory Outlet tu, bila tgk barangan kat situ, katanya: murah, tapi last year punya design.. mak ai! Tau pulak tu design last year.. maksudnya, dia up to date lah! Kaya siot kalau barang designer pun tau keluaran tahun mana.. ermm.. gigit jari je la….

Biasanya, kalau yg datang atas tugas rasmi, kita akan terpaksa layan suami dan isteri (sbb mereka dibayar utk dtg 2 orang). Biasanya suami perlu ke satu tempat atas urusan rasmi, dan perlukan peneman untuk jurubahasa dan sebagainya…. manakala isteri pula perlu ke shopping complex atas urusan peribadi dan perlukan peneman untuk jurubahasa juga. dan wan lak sorang sorang. cam ner tu? Dalam hal ini, bertolak ansur adalah penting. cheeee… Dan of course la, kalau wan rasa wan serasi dgn si suami, wan akan pentingkan suami.. kalau yg si isteri nampak baik, wan join la si isteri.. mana tau dapat sugar daddy or sugar mummy kan?

Beberapa kejayaan WTP?.. Kepuasan terukir bila pelanggan selemat kembali ke tanah air tanpa sebarang masalah. Namun, jika berdasarkan kejayaan materialistik, wan letak no 1 ialah kejayaan atur Honeymoon kerabat yang request heli, wine tasting dgn istana itu. Korang ingat senang nak tempah heli tanpa bayaran? ahaha.. Dan no 2, tentulah projek Jurnal Kembara RTM dulu. Diberi kepercayaan untuk mengatur perjalanan dan jadual kerja projek yg menelan sehingga RM200k adalah satu pengalaman yang sangat berharga. Dan ianya berbaloi: dari segi pengalaman dan bayaran! =p

Ianya banyak… banyak mengajar kita. Ianya tempat untuk wan bermain business. Modal kosong. Hanya website yang separuh siap, dan internet. Oh ya, wan tidak charge kepada kawan pelajar yang ingin ke sini. Dari Ireland, UK dan juga Malaysia tu biasa lah! Tapi paling jauh.. ianya dari Canada dan Jepun. (yg Canada tu, berada kat PAris sekarang). tiap kali datang, ada buah tangan untuk wan: Majalah, rokok, souvenirs tempatan dan sebagainya…

Oh, satu lagi benda best. kalau yang datang itu ialah Menteri, korang boleh request apa sahaja untuk mereka bawa.. Sebabnya, tidak akan ada orang / securities yang akan check beg mereka… dan yg wan pernah nampak mereka bawak ialah DURIAN! sebiji dengan duri duri tak buang kulit.. hahahah.. dapat seulas pun dah cukup! Oh, itu kenangan manis. Kenangan yang pening ialah: mereka datang dalam deligasi.. kalau semuanya dari KL senang lah. Kemudian ada yang dari Alor Star lah, dari Johor Bahru lah, dari Sarawak lah, kemudian connection flight kat KL, then nak upgrade tiket ke Business class lagi.. pening!!!! Terpaksa check internet tiap 2 jam guna connection travel agency, kalau ada kosong kat Business Class, terus book… haha.. macam main saham lak, ada lubang je, terus sumbat nama.. lepas tu baru perasan yg wan dah sumbat nama suami, tapi terlupa nama isteri. hahah! Nasib baik dari France ni, mereka semua dari PAris dan bukannya Bordeaux, Strasbourg dan NIce..

Tapi jangan risau.. kalau yg datang deligasi ini, just bawak resit, semuanya boleh diclaims.. semuanya akan dibayar. tak kisah lah harga berapa.. duit rakyat gak. ehhe.. tiket Eurostar last minute / on the spot, teksi, tiket metro 1€ kat Milan pun wan claim gak! hahaha

Dan tak dinafikan, sebagai seorang yg obses dengan duit, part yang paling menarik ialah bila dibelanja makan “wan, awak makan je, nanti saya bayar”, dibelanja shopping “wan, awak pilih la satu jam, nanti saya bayar”, dibelanja tidur “wan, awak tidur skali dalam bilik kami lah”.. dan paling best, masa kat airport: “nak skit duit dari kami… baki syiling euros ni pun, wan ambik lah”..

Arghhh… nampaknya, wan akan bekukan WTP ini… malas nak layan buat sementara waktu.. ianya banyak mendewasakan wan, byk mengajar erti mencari duit, byk mengajar erti bekerja di bawah orang, banyak menghubungkan wan dengan menteri, kerabat mahupun orang biasa…

Dan wan bekukan Wenkt Travel Planner, yang wan buat sajer sajer tanpa modal ini, dengan asset semasa bernilai lebih dari 2600euros.. ianya adalah upah, tips, baki curi senyap senyap (cam tempah hotel harga penuh, tapi bayar dengan diskaun 8%), cam tempah heli harga 2300, tapi bayar 2000 je… dan wan main ceklat sebab wan masukkan juga kamera Canon EOS bersama dengan lens tajaan tu dalam asset… so, ianya bukan asset tunai sahaja.

Dan ingatlah: Jujur dengan fakta sbb mereka boleh check di wikipedia, tepati masa dan hormati pelanggan anda. Kita tak perlu paksa mereka hormati kita, sebab bila kita hormati mereka, mereka akan menghormati kita balik….

25 april - 11 mei 2007

dia: aku baru tau yg dafi tu anak Datuk
aku: oh, aku dah tau lama. mula2 before heboh lg
dia: patut la ko minat dia?
aku: erk? apsal lak?
dia: macam aku tak kenal ko

hahah. tu panggilan phone antara aku dgn sorang kawan kat France ni. Well, apa yg dia kata tu, maybe 70% betul. Hahaha. Ye laa, mmg wan mengaku la.. kekadang wan cari kawan, berdasarkan latar belakang parents mereka… tapi tidak bermakna wan tidak berkawan dgn Anas kalau dia bukan anak datuk K, dan juga tidak bermakna wan tidak berkawan dgn anda jika anda anak penarik beca.

Penat sekarang ni. Selepas 17 hari berada di 9 negara. Sejauh 7540km Wan lalui… lebih jauh dari pengembaraan Kutub Utara ok! Bermula dari Paris, Brugge, Gent, Brussels, Rotterdam, The Hague, Amsterdam, Frankfurt, Stuttgart, Heidelberg, Munich, Salzburg, Vienna, Venice, Rome, Vatican City, Pisa, Florence, Milan, Monaco, Nice, Barcelona, Madrid, San Sebastian, La Rochelle, Paris

Kos? FREE!! siap dapat duit lagi. Malah, semuanya boleh diclaim, cam beli air mineral (80sen), sehingga tiket naik menara condong Pisa (15e) dan Gondola di Venice (80e), semuanya ditaja. Tapi pnat cam haram la! Hahahha.. 7540km beb. Purata 443km sehari! Giler tak? Hahahha

Lagi penat bila ianya 17 hari tanpa internet (xde network), tanpa sex (xde masa), tanpa masturbation (xder tempat), tanpa blue (xde internet), tapi penuh dengan keriangan! :p Banner Afundi DAFI pun tersadai separuh jalan je… Dia out masa my birthday, menjadikannya Dafi sebagai hadiah birthday yang paling sedih.


Episod terakhir: “Direka oleh Gustave Eiffil yang juga merupakan pereka Statue Of Liberty di New York, menara Eiffel ini sepatutnya dirobohkan pada 1910, iaitu selepas 21 tahun pembinaannya, namun struktur besi tanpa wayar ini kekal sehingga ke hari ini dan merupakan bangunan yang paling kerap diabadikan di dalam photo dan juga video”

sepanjang pengambaran (rolling, action, cut… juga voice over dan host), jawapan paling menarik ialah seperti berikut:

soalan: Apa erti kemerdekaan kepada anda?
jawapan: (ndlr) … kita merdeka dengan kebijaksaan pemimpin kita, tanpa pertumpahan darah langsung… malah France pun merdeka dengan pertumpahan darah …

soalan: Apakah kelebihan France berbanding negara lain? (soalan dipendekkan)
jawapan: (ndlr) … jika di landasan, keretapi paling laju di dunia berasal dari France, iaitu TGV (ndlr: dgn kelajuan574km/sejam), kalau di darat, juara Formula 1 tahun lepas ialah Renault, syarikat dari France dan jika di udara, pengeluaran pesawat terbesar ialah Airbus, syarikat dari France.

Kedua dua jawapan ini diberikan oleh seorang pelajar di France. (yg ‘taja’ lens wan tu). Very the class kan jawapan dia? Mmg ini jawapan paling menarik selepas abih 17 hari shoting

cukup dulu. penat yang amatz. je dois recharger mes batteries et rester seul pour un temps.

Selamat hari raya anyway… sebab anak ikanbulan Shawal dah kluar! hehehe

Away

Salam

Wan akan away antara 25 April 2007 hingga 11 Mei 2007. Email Wan ialah colmarien [at] hotmail [dot] com. Segala request mengenai Travel Planner mungkin akan lambat dibalas. Namun, Wan akan membalasnya secepat mungkin.

Sekian

Wan
http://www.wenkt.com/blog

Private Tours in Paris

For your upcoming trip, I could be your private tour guide at a charge of 95€/day. Contact me for more detail.

Or why not try one of the packages provided (negotiable)

MATTA FAIR

Do come & Join Us: Wenkt Travel Planner @ MATTA FAIR -  March 2007

Date : 16 - 18 Mar 2007

Venue : Putra World Trade Centre (PWTC)

Booth & Hall : BTT / WTP (share with Batuta Travel & Tours Sdn Bhd)

Sorry to remind you but Valentine’s Day is right around the corner, so instead of the usual box of chocolates, bouquet of roses and homemade dinner by candlelight, why not try something different this year? Ok, this doesn’t have to be for Valentine’s Day. I just thought I’d remind you about it. Oh, I’m not knocking the above gifts. I love all those things; this is more about offering different gifts.

The French company, Wonderbox, offers unforgettable experiences in a gift box. Buy an adventure or package and have it sent in a gift box to the recipient. Examples: The Turbo box, choose from several different adventures in speed. Race a Lamborghini, Ferrari or Do some loops in an airplane; The Adrenaline box: white-water rafting, bunging jumping etc.; Calmer activities in a box include wellness retreats, gastronomic evenings, hot air ballooning, champagne tasting and more.

I like the idea that you can buy someone a box of one free fall from an airplane in France (you have a long list of locations to choose from). Though none of the package experiences are really novel, they do seem fun in any case, plus the idea of having one place to find a whole variety of adventures is fairly convenient and nifty, I think. Lastly, the “unforgettable experience in a box” idea is a cool marketing twist that basically “repackages” what they are selling, both literally and figuratively.

The only thing I find missing is the transportation to and from, but perhaps that is in the works. Like, for example, there’s a box you can buy that is an evening out to have a bottle of champagne with friends at a palace or luxury location. Wouldn’t it be even more perfect to add the limousine ride that picks you up from home, then takes you to your destination and back home?

More: Wonderbox

French version

New version: In french

i received 10 emails from the French (people) asking me about the general idea of Malaysia and sites about Malaysia in French (language). They came across an article about Malaysia’s 50 years of independence and that 2007 is the year to visit malaysia.

So, my next project is travel planning for the French who plans to visit Malaysia. It involves co-operation from one well established travel agency in Malaysia. The price of each tour range from 20 to 400 euros.

11%

visited 26 countries (11%)

lucky huh?

Syazwan Zanini. 22, Malaysian, currently studying in Lille, France.

I have been lucky enough to be able to travel around. It’s true that travelling makes you think. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Here are some of the places/cities I have been to, since 2002. To qualify in the list, I have to at least get out of the airport / train station and have at least one meal. So changing trains or transitting flights do not count.

Singapore City 2003
Paris 2002 - 2005
Strasbourg 2002 - 2005
Freiburg 2003, 2004
Basel 2002, 2004, 2006
Lyon 2003
Grenoble 2003
Geneva 2003
Berne 2004
Zurich 2004
Rome 2004
Pisa 2004
Baden - Baden 2004, 2005
Frankfurt 2003
Dijon 2003
Gent 2005
Brugge 2005
Brussels 2004, 2005
Charleroi 2004, 2005
Stuttgart 2003
Luxembourg City 2002
Nancy 2004
Port Said 2004
Tanta 2004
Alexandria 2004
Cairo 2004
Suez / Sinai 2004
Marsa Matruh 2004
Irbid 2004
Aqabah 2004
Amman 2004
Petra 2004
Damascus 2004
Beirut 2004
Kuala Lumpur 2002, 2003, 2005
Bali 2005
Narathiwat 2003
London 2002 - 2006
Oxford 2003
Dover 2003 - 2006
Manchester 2005
Liverpool 2005
Glasgow 2004 - 2005
Dublin 2004 - 2005
Roscommon 2004
Galway 2004
Vatican City 2004
Munich 2006
Berlin 2006
Patras 2006
Athens 2006
Belfort 2006
Istanbul 2006
Pamukkale 2006
Izmir 2006
Crete Island 2006

Brussels 2007
Aachen 2007
It’s not that I wanted to brag or something, it’s just as a self reminder, of how lucky I am to be able to travel to all those magnificent places.